Friday, February 26, 2010

Sukan berkuda meningkatkan kesihatan

Ramai yang mengatakan sukan berkuda akan memberikan lebih banyak faedah kesihatan kepada kuda itu sendiri berbanding penunggang kuda. Namun hakikatnya melalui aktiviti menunggang kuda seseorang penunggang kuda mungkin akan memperolehi faedah kecergasan sama seperti aktiviti sukan yang lain. Apabila seseorang itu menunggang kuda ia perlu memastikan segalanya berada dalam keadaan baik. Bagi mereka yang baru dalam aktiviti menunggang kuda biasanya akan mendapati kesan dibahagian tubuh berikut seperti punggung, pinggang dan kaki. Bahagian tubuh ini telah memainkan peranan yang aktif semasa aktiviti berkuda.

Melalui aktiviti tunggangan kuda penunggang biasanya tidak menyedari bahawa mereka telah melakukan banyak pergerakan otot bagi memastikan kestabilan tubuh mereka semasa menunggang. Otot-otot tubuh yang telah berkerja keras ini akhirnya memberikan kesan langsung kepada bentuk tubuh penunggang seperti berada dalam keadaan tegak dan lurus.

Secara kesimpulannya aktiviti menunggang kuda bukan sahaja suatu sukan tetapi ia juga merupakan satu bentuk senaman kepada para penunggang. Ia dapat memperbaiki penampilan diri penunggang, menurunkan berat badan, menguatkan otot, mempertingkatkan tahap kecergasan serta memberikan kesan psikologi yang positif untuk menjadi lebih berani dan peka kepada tingkah laku kuda.

2 comments:

  1. Salam,
    Thanks for the entry, il find it really useful terutama untuk orang baru macam maya, yang baru nak berjinak dengan aktiviti ni. Teruskan, semoga sama-sama dapat berkongsi informasi dan pengalaman.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Apa yang saya lihat di sini dinyatakan bahawa dengan menunggang kuda boleh menguatkan otot. Tetapi, sekiranya seseorang itu mengalami groin injury, bolehkah dia menunggang kuda? Adakah ini boleh mengurangkan kesakitan atau lebih memburukkan keadaan? Ataupun adakah dia boleh menunggang kuda apabila telah pulih dari sakit itu?

    ReplyDelete