Sunday, February 28, 2010

Evolusi Kuda Tunggangan Saya

Kuda Roda



Kuda Rotan



Kuda Padi



Kuda Di UTM Sekudai Johor



Kuda Di UPM Serdang Selangor




Kuda Di UPM Serdang Selangor



Kuda Di UTM Sekudai Johor



Kuda Di Bukit Permata Batu Cave

Friday, February 26, 2010

Sukan berkuda meningkatkan kesihatan

Ramai yang mengatakan sukan berkuda akan memberikan lebih banyak faedah kesihatan kepada kuda itu sendiri berbanding penunggang kuda. Namun hakikatnya melalui aktiviti menunggang kuda seseorang penunggang kuda mungkin akan memperolehi faedah kecergasan sama seperti aktiviti sukan yang lain. Apabila seseorang itu menunggang kuda ia perlu memastikan segalanya berada dalam keadaan baik. Bagi mereka yang baru dalam aktiviti menunggang kuda biasanya akan mendapati kesan dibahagian tubuh berikut seperti punggung, pinggang dan kaki. Bahagian tubuh ini telah memainkan peranan yang aktif semasa aktiviti berkuda.

Melalui aktiviti tunggangan kuda penunggang biasanya tidak menyedari bahawa mereka telah melakukan banyak pergerakan otot bagi memastikan kestabilan tubuh mereka semasa menunggang. Otot-otot tubuh yang telah berkerja keras ini akhirnya memberikan kesan langsung kepada bentuk tubuh penunggang seperti berada dalam keadaan tegak dan lurus.

Secara kesimpulannya aktiviti menunggang kuda bukan sahaja suatu sukan tetapi ia juga merupakan satu bentuk senaman kepada para penunggang. Ia dapat memperbaiki penampilan diri penunggang, menurunkan berat badan, menguatkan otot, mempertingkatkan tahap kecergasan serta memberikan kesan psikologi yang positif untuk menjadi lebih berani dan peka kepada tingkah laku kuda.

Monday, February 15, 2010

Baka-baka kuda terbaik



Kuda Arab

Kuda Arab adalah sejenis kuda yang berasal dari semenanjung Arab. Ia memiliki bentuk kepala yang unik dan ekor yang ternaik,kuda arab adalah salah satu yang spesis kuda yang paling mudah dikenali.Kuda Arab juga merupakan salah satu baka kuda tertua melalui penemuan bukti arkeologi yang dipercayai berusia 4.500 tahun. Sepanjang perkembangan sejarah manusia, kuda Arab telah tersebar di seluruh bahagian dunia melalui peristiwa peperangan dan perdagangan. Selain itu juga kuda Arab turut digunakan untuk memperbaiki baka-baka kuda lain kuda yang terhasil dari campuran baka kuda Arab akan membolehkan anak kuda mewarisi kelajuan, kekuatan, ketahanan, dan kelasakan kuda Arab. Hari ini, keturunan kuda Arab boleh ditemui di hampir semua jenis baka kuda moden.

Kuda Arab berkembang dalam iklim gurun dan sangat dihargai oleh orang-orang Badwi. Hubungan erat antara kuda Arab dengan manusia telah menjadikannya mempunyai sifat yang baik dan cepat belajar. Namun demikian kuda Arab turut mempunyai ciri penting seekor kuda yang sesuai digunakan dalam situasi berperang iaitu kepantasan menyerang dan keberanian dalam menghadapi situasi buruk. Kombinasi ciri-ciri unggul ini menyebabkan penunggang kuda Arab hari ini perlu mempunyai kemahiran tinggi semasa menunggangnya.

Kuda Arab mampu menjalankan pelbagai tugasan seperti yang dikehendaki oleh pemiliknya.Kuda Arab mampu menguasai disiplin kuda lasak dan mampu bersaing dalam pelbagai acara berkuda. Kuda Arab adalah salah satu daripada sepuluh keturunan kuda paling popular di dunia. Kuda Arab hari ini dapat ditemui di seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat dan Kanada, Inggeris, Australia, benua Eropah, Amerika Selatan (terutama Brazil), dan tanah asal, Timur Tengah.





Kuda Andalusia

Kuda Andalusia juga merupakan salah satu keturunan kuda tertua di dunia. Pada tahun 2005 terdapat sekitar 400 kuda Andalusia yang telah didaftarkan di Kanada. Kuda Andalusia berasal dipercayai berasal dari Semenanjung Iberia Sepanyol. Bukti arkeologi menunjukkan kuda ini telah wujud hampir 2500 tahun berdasarkan lukisan yang ditemui di gua. Pada abad ke-18 kuda Andalusia amat popular diseluruh eropah. Bagi masyarakat eropah kuda Andalusia dianggap mempunyai ciri kebangsawanan dan amat bergaya.Namun demikian jumlah kuda ini telah berkurangan disebabkan peperangan yang tercetus di eropah pada abad ke 18. Bagi mengatasi masalah ini satu program pembiakan kuda Andalusia telah dilaksanakan dengan giat malahan dalam masa sama turut menghalang eksport kuda Andalusia.

Kuda Andalusia mempunyai sifat patuh kepada arahan selain cerdas dan juga sensitif kepada tindak balas. Apabila dikendalikan dengan baik kuda Andalusia akan mahir dengan cepat serta memberikan kerjasama yang positif. Gaya gerakan kuda Andalusia biasanya mempunyai langkah yang panjang, mengangkat kaki dengan tinggi, dan mempunyai rentak langkah yang harmoni. Kuda Andalusia mempunyai keseimbangan gerakan badan yang baik. Walaupun kuda Andalusia terkenal dengan kelincahan dan kebolehan mereka untuk belajar tetapi kuda ini agak sukar bergerak dengan tangkas dalam situasi tertentu kerana saiz yang besar. Sejak awal lagi sejarah kuda Andalusia telah digunakan untuk haiwan pengangkutan. Baka kuda ini sering dipilih di antara beberapa baka kuda yang digunakan untuk acara 'Dressage' klasik. Kuda Andalusia juga turut digunakan untuk kerja-kerja ladang.Adakalanya kuda Andalusia mempunyai sifat agresif sama seperti lembu.




Kuda Mustangs

Kuda Mustang adalah kuda liar yang ditemui di barat Amerika Syarikat. Nama kuda ini dipercayai berasal dari perkataan Sepanyol yang membawa maksud mesteño atau monstenco liar atau tersesat. Walaupun ia berasal dari kuda Sepanyol namun setelah bertahun-tahun berada di Amerika ia telah bercampur dengan pelbagai baka kuda lain. Kuda Mustangs telah banyak merubah gaya kehidupan penduduk asli Amerika yang tinggal berdekatan Great Plains. Kawanan kuda Mustang liar yang terdapat di bahagian timur Amerika Syarikat telah menyeberangi Sungai Mississippi dan bergabung dengan kawanan barat. Darah baka kuda Perancis kemudiannya telah diperkenalkan ke dalam campuran baka kuda-kuda ini.

Baka kuda lain yang mungkin terdapat dalam baka kuda Mustang ini adalah baka kuda Friesian Timur.Selama 10 tahun bermula pada akhir 1800-an sehingga awal 1900-an 150 kuda jantan telah dibeli oleh kerajaan AS dan kebanyakan kuda ini adalah dari Jerman. Tujuan utama pembelian kuda Friesian Timur pada waktu itu ialah untuk kerja-kerja berat (seperti menarik kereta meriam. Ini menyebabkan walau di mana pun tentera berkuda AS ditemui sudah pasti baka kuda fresian ini turut ditemui. Ini menimbulkan kemungkinan yang besar dan tidak boleh diragukan lagi bahawa baka kuda Friesian turut menambah kepelbagaian baka dalam baka kuda Mustang Amerika.

Baka kuda Mustang ini juga telah diiktiraf antarabangsa FEI untuk kegunaan disiplin berkuda lompatan, Dressage dan sebagainya menjadikan baka Mustang sebagai kuda serbaguna.






Kuda Akhal-Teke

Kewujudan kuda ini mungkin telah muncul sejak 3000 tahun yang lalu. Ia dikenali dengan beberapa nama, tetapi paling nama yang sering digunakan ialah kuda Nisean. Namun, keturunan sebenar kuda ini sukar dikesan kerana sekitar 1600 sebelum Masihi, keturunan kuda dalam definisi moden masih belum muncul. Pada masa itu kuda dikenal pasti berdasarkan lokasi tempat atau jenis.

Menurut sebahagian pendapat, kuda Akhal-Teke telah disembunyikan oleh puak setempat. Lokasi baka kuda ini membiak adalah di kawasan Turkmenistan iaitu di padang pasir Kara Kum. Padang pasir ini berbatu kawasan dataran gurun yang tandus serta dikelilingi oleh pergunungan. Namun ada pendapat lain mendakwa bahawa kuda-kuda ini adalah keturunan daripada kuda yang digunakan oleh kaum Mongol semasa melakukan serangan di kawasan pergunungan pada abad-13 dan abad ke-14.


Suku kaum Turkmenistan merupakan antara masyarakat pertama memplopori penggunaan kuda untuk menyerang. Mereka memilih kuda terbaik sebelum dibiakan. Kaum ini turut membuat nota salasilah kuda mereka berdasarkan tradisi lisan. Kuda-kuda itu disebut "Argamaks" oleh Russia, dan amat diminati oleh para pengembara yang mengunjungi kaum ini.

Pada tahun 1881, Turkmenistan telah menjadi sebahagian daripada Empayar Rusia. Suku-suku kaum ini telah berperang dengan pihak Tsar dan akhirnya memenangi peperangan tersebut. Seorang jeneral Rusia, Kuropatkin, telah berjaya menangkap dan membiakan baka kuda yang digunakan oleh suku kaum ini dan dinamakan sebagai kuda "Akhal-Tekes," sempena suku Turkmen Teke yang tinggal berdekatan Akhal oasis. Kerajaan Russia kemudiannya mencetak buku salasilah keturunan kuda pertama yang berjaya mereka biakan adalah pada tahun 1941.


Kuda baka Akhal-Teke, ini sering digunakan untuk disiplin berkuda Dressage, lompatan dan kuda lasak.




Kuda Don Rusia

Baka kuda Don, umumnya disebut "Old Don,". Kuda ini telah dijinakan dari separuh liar kepada kuda yang jinak.Kuda Don pada asalnya mempunyai saiz sedehana dengan daya tahan yang luar biasa kerana dibesarkan dalam keadaan hidup yang sukar. Kuda Don Rusia ini telah digunakan sebagai asas untuk meningkatkan keturunan kuda di Rusia. Pasukan berkuda Cossack menggunakan kuda Old Don semasa kempen Rusia menentang Napoleon, dan kuda-kuda Don telah membuktikan kehebatannya bersama pasukan Cossack ke seluruh eropah.


Penggunaan utama kuda Don Rusia dibiakan pada masa lalu bertujuan sebagai pengangkutan untuk pasukan berkuda Cossack. Kuda Don Rusia terkenal dengan daya tahan dan stamina yang tinggi.Kuda-kuda ini hanya memerlukan waktu yang singkat untuk bergerak dalam jarak yang jauh. Hari ini, Kuda Don Rusia digunakan secara meluas untuk tunggangan dan aktiviti berkuda.





Kuda Marwari

Asal usul kuda marwari adalah dari kuda India asli dan dikacukan dengan kuda Arab. Pengaruh kuda Arab mungkin datang melalui peristiwa kapal kargo yang rosak dan terdampar dipantai barat India. Legenda di India menyatakan bahawa kapal Arab yang karam tersebut memiliki tujuh kuda Arab yang baik ini kemudiannya telah dibiakan melalui kacukan ke atas kuda-kuda India. Kuda-kuda Arab ini kemudian dibawa ke daerah Marwar dan digunakan sebagai asas pembiakan kuda marwari hari ini.Kuda ini memiliki bentuk tubuh yang baik dan mempunyai identiti telinga yang unik dan berbeza dari kebanyakan baka kuda lain. Selain itu terdapat juga kemungkinan pengaruh kuda Monggol dari utara dan membiak di barat laut India di sempadan Afghanistan, dan juga di Uzbekistan, Kazakhstan, dan Turkmenistan.

Pada masa zaman kegemilangan India, kuda-kuda Marwari dianggap haiwan yang sangat penting dan ia hanya boleh dimiliki oleh ahli-ahli keluarga Diraja Rajput dan golongan kasta Kshatriya. Ketika penaklukan Mongul di kawasan India utara pada awal tahun 1500-an orang-orang Mongul telah membawa kuda-kuda Turki yang digunakan untuk meningkatkan kualiti kuda Marwari.Kuda marwari amat terkenal dengan keberanian mereka dalam pertempuran, serta kesetiaan mereka kepada penunggangnya. Pada akhir abad ke-16, seorang bangsawan Rajput daripada Marwar, di bawah pimpinan Maharaja Akbar telah membentuk pasukan berkuda lebih terdiri daripada 50.000 anggota.Menurut kepercayaan setempat kuda marwari hanya boleh meninggalkan medan perang dengan tiga syarat sahaja sama ada setelah memperolehi kemenangan dibawa keluar dari medan perang kerana terbunuh atau keluar dari medan perang dengan membawa penunggang yang tercedera untuk mendapatkan rawatan. Kuda-kuda itu dilatih untuk menjadi sangat tangkas dalam situasi medan pertempuran.





Kuda Quarab

Kuda Quarab adalah kacukan antara kuda Quater Amerika dan Kuda Arab.

Kuda Quarter dikenali kerana kelajuannya dan kuda Arab dikenali kerana ketahanan stamina dan ketangkasannya. Kedua-dua baka kuda ini mempunyai ciri-ciri yang baik. Kacukan dari dua baka kuda ini merupakan usaha untuk mengintegrasikan sifat-sifat terbaik daripada dua baka kuda. Kuda Quarab mempunyai tubuh yang serupa dengan baka kuda Arab. Ia memiliki otot lengan yang kuat, punggung yang baik dan sebagainya. Kepala kuda Quarab biasanya memiliki mata yang besar serta dahi lebar dan mempunyai bentuk agak menarik dibahagian wajah. Namun keadaan ini sebenarnya amat bergantung pada peratusan nisbah genetik kuda arab atau kuda Quarter.

Kuda Quarab sangat sesuai untuk berbagai acara berkuda seperti Dressage, lompatan, tunggangan riadah dan kuda lasak.




Kuda Appaloosa

Bukti paling awal kuda appaloosa boleh didapati berdasarkan kepada lukisan gua yang berasal dari zaman Paleolitik yang berusia 18.000 SM. Ia telah dijumpai di Lascaux dan peche-Merle Perancis. Cara menjinakan kuda turut dijumpai dalam senibudaya Parsi Purba, Greek kuno dinasti Tang di China dan Perancis pada abad ke-11.Lukisan dari Perancis pada abad ke 16 dan 17 pula menunjukkan kuda-kuda dengan tompok Appaloosa telah digunakan sebagai kuda tunggangan dan catatan ini turut menunjukkan kuda Appaloosa telah digunakan sebagai kuda latihan di istana Raja Louis XIV dari Perancis. Pada pertengahan abad ke-18 Eropah, ada permintaan yang tinggi untuk kuda Appaloosa bagi kegunaan kalangan bangsawan. Kuda-kuda ini digunakan di sekolah-sekolah yang mengajar cara menunggang kuda dan sering digunakan untuk perarakan majlis perayaan.

Tidak jelas bagaimana kuda Appaloosa tiba di Amerika, meskipun ada kemungkinan penjajah Sepanyol telah membawa beberapa kuda baka ini bersama-sama mereka semasa awal tahun 1500-an. Menurut rekod terdapat seekor kuda dengan tompok kepingan salji telah didaftarkan sebagai salah seekor dari 16 kuda yang telah dibawa ke Mexico oleh Cortez.Rekod ini merupakan catatan yang dibuat oleh para penulis Sepanyol pada tahun 1604.

Kuda Appaloosa adalah kuda serbaguna, dan ia mampu bersaing dalam acara disiplin berkuda seperti Rodeo. Dalam jenis disiplin berkuda Inggris pula kuda Appaloosa digunakan untuk tujuan memburu serta Dressage dan tidak ketinggalan juga acara kuda lasak.




Kuda baka Quater Amerika

Kuda Quater Amerika adalah sejenis baka kuda yang mahir dalam acara memecut jarak dekat. Nama baka kuda ini diambil dari kebolehannya untuk mendahului baka kuda lain dalam jarak suku kilometer dalam kebanyakan acara perlumbaan. Beberapa pengkaji telah mengukur kelajuan baka kuda ini dan antara catatan menunjukkan ia berkelajuan (88.5 km / jam). Kuda baka Quarter adalah jenis yang paling popular di Amerika Syarikat ketika ini, dan kuda baka Quarter Amerika telah dibiakan oleh kebanyakan persatuan berkuda dan kini mencapai jumlah lebih dari 4 juta kuda Quater Amerika.

Kuda Quarter Amerika terkenal sebagai kuda lumba kuda dan boleh bersaing dalam acara Rodeo. Tubuh yang padat menjadikan kuda Quater Amerika sangat sesuai untuk pergerakan lincah dan cepat terutama semasa aktiviti memintas ternakan seperti lembu.Kuda Quater Amerika juga mampu melakukan acara disiplin berkuda gaya Inggeris seperti menunggang, dan banyak lagi aktiviti berkuda lain.




Kuda Baka Kiger Mustang

Kuda baka Kiger Mustang adalah sejenis kuda yang ditemui pada tahun 1977, oleh Biro Pengurusan Tanah di Beatys butte, yang terletak di tenggara Oregon (Harney County) Amerika Syarikat. Menurut pemerhatian mereka baka kuda-kuda ini mempunyai persamaan dari segi warna dan ciri-ciri fizikal yang serupa di seluruh wilayah Oregon. Ujikaji yang dilakukan di University of Kentucky dan contoh keputusan DNA menunjukkan baka kuda ini mempunyai hubungan yang erat dengan baka Sepanyol yang dibawa ke Amerika pada tahun 1600-an.
Kuda baka Kiger Mustang adalah kuda yang berasal dari genetik kuda liar yang dinamakan "Mesteño", yang bermaksud "liar" atau "liar" dalam bahasa Sepanyol (lihat etimologi di Mustang).

Kuda baka Kiger mustang, mempunyai ciri-ciri pergerakan yang tangkas dan cerdas, dengan stamina kuat setanding dengan kebanyakan kuda-kuda liar.Kuda baka Kiger Mustang juga mempunyai sifat berani tetapi lembut serta tenang dan sangat sesuai untuk ditunggang oleh mereka yang kurang pengalaman dan juga untuk acara kuda lasak.





Kuda Baka Spanish Mustang

Penjajah Sepanyol telah membawa kuda ini dalam masa 30 tahun pertama mereka di Caribbean. Kuda ini berasal dari semenanjung Iberia.Kuda baka Spanish Mustang ini merupakan kacukan dari baka-baka yang dibawa dari Cuba, Hispanola, dan tanah jajahan Sepanyol yang lain. Kuda baka Spanish Mustang ini adalah keturunan langsung kuda-kuda zaman ke-emasan Sepanyol. Kuda baka Sepanyol Mustang dikembangkan sebagai jenis yang berbeza sepanjang abad 17 dan 18, sebelum kedatangan penjajah Inggeris.

Hari ini kuda baka Sepanyol mustang mengekalkan stamina dan keupayaan untuk perjalanan jauh tanpa menimbulkan tekanan. Kuda baka Sepanyol Mustang mempunyai sejarah kemampuan lagenda untuk perjalanan jarak jauh tanpa kecederaan.




Baka kuda Friesian

Kuda Friesian ialah sejenis kuda berwarna hitam. Ia dipercayai telah wujud lebih daripada 2000 tahun. Disebabkan faktor inilah kuda Friesian dianggap sebagai salah satu keturunan kuda tertua di Eropah. Lokasi asal kemunculan kuda ini dipercayai bermula di wilayah Friesland iaitu dalam kawasan Utara Belanda. Sepanjang abad 16 dan 17 baka kuda Arab dan Andalusia telah diperkenalkan dalam pembiakan kuda di eropah. Ini mungkin telah memberi pengaruh kepada kuda Friesian memiliki gaya berjalan yang menarik saiz kepala yang kecil dan leher agak melengkung. Kuda Friesian didapati bebas daripada pengaruh kuda baka Inggeris. Selama dua abad terkemudian kuda ini telah dibiakan tanpa gabungan baka kuda lain. Kuda Friesian telah digunakan untuk membentuk pelbagai baka kuda moden hari ini seperti kuda Shire, New Forest, Dale, Morgan, Sweden Warmblood, dan Orlov Trotter.

Pahlawan berbaju besi eropah telah menggunakan kuda Friesian untuk aktiviti mereka. Kuda ini memiliki kekuatan untuk membawa beban berat namun dalam masa yang sama mempunyai keseimbangan stabil. Raja Hungary iaitu Raja Louis II telah emenggunakan kuda Friesian jantan semasa bertempur di medan perang pada 15 Jun 1526. Kuda Friesian turut digunakan sebagai kuda perang oleh tentera Friesland berperang dengan tentera Rom dan kemudian digunakan oleh pahlawan tentera Salib eropah semasa cuba menjajah Baitulmuqadis di Timur Tengah. Kehebatan dan kelincahan yang ditunjukan kuda Friesian menyebabkan ianya popular sebagai kuda latihan di sekolah-sekolah berkuda Paris dan Sepanyol pada abad 15 dan 16.

Dengan perkembangan sektor industri dan penggunaan mesin perladangan yang meluas peranan kuda Friesian hampir pupus. Bahkan sebelum Perang Dunia I, jumlah kuda Friesian yang wujud pada masa itu hanyalah 3 ekor sahaja. Kuda Friesian kemudiannya telah diselamatkan oleh sekumpulan peternak yang berdedikasi di Friesland, sebuah wilayah utara Belanda dan melalui kerja keras mereka akhirnya baka kuda Friesian ini berjaya diselamatkan dan kekal sehingga hari ini. Pembiakan kuda Friesian dilakukan di bawah peraturan yang ketat seperti melalui proses pemilihan, menguji keupayaan prestasi dan mengklasifikasikan setiap baka kuda Friesian perlu memiliki persamaan ciri kuda Friesian yang sangat tinggi.

Kuda Friesian hari ini menikmati publisiti meluas kerana sering muncul dalam filem seperti The Mask of Zorro, Vampir, Sense and Sensibility, Emma, Disney's-Tall Tales, Sleepy Hollow, dan Bedazzled. Kuda Friesian mempunyai kecantikan, saiz yang menarik, dan bagus untuk ditunggang menjadikannya pilihan ramai penunggang baru dan lama.

Sunday, February 14, 2010

Langkah keselamatan semasa bersama kuda

"Keselamatan manusia pertama.
Keselamatan kuda adalah kedua.
Perkara lain adalah hal berikutnya. "
John Lyons

Adakah anda sedang belajar menunggang kuda atau hanya menonton, anda perlu mempelajari beberapa tindakan pencegahan kemalangan dan kecederaan semasa menunggang kuda. Kuda terkecil mempunyai potensi untuk mencederakan seseorang jika terkejut atau takut. Panduan yang dikongsikan ini dapat membantu anda menghindari tendangan, dipijak , di gigit atau diheret. Jika anda baru menceburi sukan ini , anda mungkin merasa sedikit kesulitan untuk mengingat panduan ini. Tapi peraturan keselamatan akan dipelajari dengan cepat melalui pengalaman yang bakal dilalui.

Sebagai binatang yang kuat, kuda mampu untuk bertindak balas dengan cepat sama keadaannya seperti kuda liar yang biasa. Naluri ini tetap kuat di dalam diri kuda.


* Penunggang mesti berada dalam keadaan tenang. Pergerakan tiba-tiba boleh menyebabkan kuda melompat atau menendang.

* Cara paling selamat untuk memimpin kuda ialah dengan menggunakan tali. Jangan menggunakan jari semasa menarik kuda jika kuda menarik secara tiba-tiba berlari jari-jari anda akan cedera.

* Jangan pernah berdiri tepat di belakang kuda. Jika anda merawat ekornya, anda perlu berdiri di satu sisi dan tarik ekor lembut di atas.

* Semasa membersihkan sepatu kuda atau mengenakan ladam kaki, jangan berlutut dikaki kuda. Anda hanya perlu membungkukan badan supaya dapat mengelak apabila kuda tiba-tiba menendang.

* Pakailah kasut yang akan melindungi kaki anda jika kuda anda memijaknya.

* Tempat paling sesuai untuk berdiri adalah di samping bahu kuda anda di mana anda dapat saling melihat.

* Semasa melalui pintu, pastikan pintu terbuka lebar tidak separuh terbuka. Daun pintu yang memukul kuda akan mengejutkan kuda dan anda mungkin akan dilanggar atau diseret oleh kuda

Saturday, February 6, 2010

Kuda dalam perperangan

Penggunaan kuda dalam peperangan terjadi lebih daripada 5000 tahun yang lalu. Bukti paling awal kuda dalam peperangan berasal dari Eurasia antara 4000 dan 3000 SM. Sebuah ilustrasi peperangan Sumeria dari 2500 SM menggambarkan beberapa jenis kuda menarik gerabak. Pada 1600 sebelum masihi, peningkatan rekaan pakaian kuda dan membuat kereta perang telah diperturunkan di Timur Kuno, dan latihan paling awal ditulis cara menunggang kuda perang dan latihan untuk kereta kuda ditulis pada 1350 SM. Sebagai taktik kavalri rasmi para pegawai kavalri Greece Xenophon telah menulis pembahasan yang mendalam tentang kuda. Keberkesanan kuda dalam pertempuran juga telah mencetuskan teknologi, pembuatan pelana, stap, dan kemudian, tali leher kuda.

Berbagai jenis dan saiz kuda yang digunakan dalam perang, bergantung pada bentuk peperangan. Jenis yang digunakan bervariasi dengan adakah kegunaan kuda itu sendiri sama ada untuk mengintip, cavalry, serangan, komunikasi, atau bekalan. Sepanjang sejarah, baghal keldai dan kuda memainkan peranan penting dalam memberikan sokongan kepada pasukan di medan perang.

Kuda sangat sepadan dengan taktik perang dalam budaya nomad step Asia Tengah. Sesetengah budaya Asia Timur yang dicipta banyak menggunakan cavalry dan kereta kuda. Prajurit muslim kavalri ringan digunakan dalam kempen mereka di seluruh Afrika Utara, Asia, dan Eropah bermula pada abad ke-7 dan ke-8 Masihi. Eropah menggunakan beberapa jenis kuda perang di Zaman Pertengahan, dan yang paling terkenal askar cavalry berat dikenali sebagai satria perisai besi. Di Amerika, penggunaan kuda dan pengembangan taktik perang berkuda yang dipelajari oleh beberapa puak-puak peribumi dan rejimen kuda dengan mobiliti sangat penting dalam Perang Saudara Amerika.


Kuda cavalry mulai berkurangan selepas Perang Dunia I meskipun beberapa unit cavalry kuda masih digunakan dalam Perang Dunia II. Pada akhir Perang Dunia II, kuda jarang terlihat dalam pertempuran, tetapi masih digunakan secara luas untuk pengangkutan tentera dan persediaan. Pada masa ini, unit cavalry kuda formal telah hampir menghilang, walaupun masih terlihat kuda-kuda yang digunakan oleh pejuang bersenjata di seluruh negara Dunia Ketiga. Banyak negara masih mengekalkan unit kecil untuk meronda, mengintip, dan tentera unit kuda juga digunakan untuk upacara dan tujuan pendidikan. Kuda juga digunakan untuk pertempuran sejarah, perlaksanaan hukum, dan dalam pertandingan berkuda berasal dari menunggang dan latihan kemahiran yang dulu pernah digunakan oleh tentera.Kuda rata-rata boleh membawa sekitar 30% daripada berat badan.Sementara semua kuda dapat menarik lebih daripada berat mereka sendiri.

http://en.wikipedia.org/wiki/Horses_in_warfare

Friday, February 5, 2010

Fungsi kuda dalam masyarakat manusia

Kuda dilatih dan dikuasai untuk tujuan praktikal seperti tugas-tugas polis atau digunakan bagi mengawal ternakan ladang. Kuda turut digunakan dalam sukan tetapi tidak terhad pada, Dressage, kuda lasak, eventing, show jumping, polo, umba kuda, dan Rodeo. Beberapa bentuk pertandingan popular berkuda menunjukkan, kuda tampil di dalam berbagai disiplin ilmu. Kuda turut digunakan aktiviti rekreasi, berburu, atau hacking. Terdapat banyak kemudahan kepada masyarakat yang meminati kuda hampir disetiap bahagian dunia Kuda juga digunakan untuk tujuan perubatan seperti terapeutik, sama ada di kompetisi paraequestrian yang khusus seperti juga non-kompetitif berkuda untuk meningkatkan kesihatan manusia dan perkembangan emosional.

Wednesday, February 3, 2010

Bahagian tubuh kuda

Sedia untuk menunggang kuda

Berdiri di dekat sisi kiri kuda. Letakkan kaki kiri di pelana, dan berpegang pada tali, (memegang pelana ketika melonjak ke atas kuda akan menyebabkan tergelongsor). Letakkan kedua tangan dalam keadaan sedia di depan kuda. Pegang bahagian pelana (kembali atau kerusi) dengan tangan kanan ketika menaiki kuda).

SELEPAS MENUNGGANG KUDA

1Buka tali kekang kuda dan tali pelana kuda

.2Kuda perlu direhatkan perlahan-lahan selepas melakukan aktiviti dengan melakukan
pergerakan perlahan (berjalan).

3 Berus kuda dengan sikat yang halus.

4 Jika kuda mempunyai kesan peluh di pelana bilaskan dengan air.

5 Letakansemula kuda di padang rumput atau ke dalam kandang.

Perkara yang perlu dilakukan sebelum menunggang kuda

1 .Anda harus menyikat kuda anda sebelum anda naik, maka anda harus mendapatkan Saddle
dan Bridle anda siap.
2 Periksa pelana dan tali kekang dengan berhati-hati untuk memastikan ia kemas. Pastikan
tidak ada kerosakan.
3 Periksa kuda anda.. Gosok tangan anda pada badan kuda dan pastikan tidak ada luka terbuka
pada badan kuda.
4 Belai kuda anda.
5 Letakan pelana. Ketatkan tali pelana semaksimum mungkin dan kemudian gerakan kuda anda
sedikit untuk memastikan rusuk kuda itu tidak kembung. Hal ini mungkin kelihatan kejam,
tetapi kuda akan membusungkan rusuk mereka sehingga menjadi longgar. Cara ini tidak akan
menyakitkan mereka jika dibuat dengan betul. Ketatkan tali pelana dan pastikan ia boleh
memuatkan dua jari antara tali dan rusuk kuda.
6 Pastikan tali kekang kuda telah dikemaskan dengan sempurna.
7 Betulkan kedudukan tali kekang dan sedia untuk menunggang kuda.

Sedia untuk menunggang kuda

1 .Anda harus menyikat kuda sebelum menunggang,
2 Periksa pelana dan tali kekang dengan berhati-hati untuk memastikan ia kemas.
3 Periksa kuda anda.. Gosok tangan pada badan kuda dan pastikan tidak ada luka terbuka pada badan kuda.
4 Belai kuda anda.
5 Letakan pelana. Ketatkan tali pelana semaksimum mungkin dan kemudian gerakan kuda anda sedikit untuk memastikan rusuk kuda itu tidak kembung. Hal ini mungkin kelihatan kejam, tetapi kuda akan membusungkan rusuk mereka sehingga menjadi longgar. Cara ini tidak akan menyakitkan kuda jika dibuat dengan betul. Ketatkan tali pelana dan pastikan ia boleh memuatkan dua jari antara tali dan rusuk kuda.
6 Pastikan tali kekang kuda telah dikemaskan dengan sempurna
7 Betulkan kedudukan tali kekang dan sedia untuk menunggang kuda

Tuesday, February 2, 2010

Fakta kuda

* Salah satu kuda pertama disebut Hyracotherium. Ini hidup sekitar 50 juta tahun yang lalu dan setinggi musang. Kuda ini berubah selama jutaan tahun untuk menjadi kuda moden.
* Kuda Akhal-Teke. Ini boleh hidup selama berhari-hari tanpa makanan atau air.
* Anda mengukur tinggi badan kuda di tangan. Masing-masing tangan sama dengan empat inci. * Anda boleh memberitahu berapa umur kuda adalah dengan seberapa banyak gigi itu.
*Kuda betina menentukan ke mana kawanan kuda akan berpindah untuk mencari tempat baru yang mempunyai banyak sumber makanan.
*Hanya satu kuda jantan akan tinggal dalam sekumpulan kawanan kuda.
*Setiap tanda pada dahi kuda disebut bintang, walaupun ia tidak berbentuk seperti bintang. *Kuda akan merasa lebih selamat ketika mereka berada dalam kawanannya.
*Mustangs adalah salah satu daripada spesies keturunan kuda yang hidup liar di Amerika Utara. Ia dikaitkan dengan kuda-kuda yang telah dibawa masuk oleh peneroka Sepanyol datang ke Amerika Utara 400 tahun lalu.
* Kuda berkomunikasi menggunakan anggota badan mereka. Kuda menunjukan perasaan mereka dengan ekspresi wajah tertentu. Kuda akan menggunakan telinga, hidung, dan mata untuk menunjukkan emosi mereka. Berhati-hatilah terhadap seekor kuda yang telah menggerakan hidung dan telinga mereka. Itu mungkin tanda ia akan bertindak agrasif.
*Kuku kuda sentiasa tumbuh dan perlu digunting supaya memberi keselesaan kepada kuda. *Seekor kuda boleh bergerak melalui empat cara: berjalan, berlari, Canter, dan berpacu

Kitaran hidup kuda

Kuda bermula sebagai anak kuda jantan atau anak kuda betina. Selama 12 bulan pertama anak kuda / betina memiliki kaki yang panjang berbanding dengan tubuhnya. Selama dua bulan anak kuda akan bergantung kepada susu. Dua bulan kemudian itu akan berhenti minum susu dan boleh hidup sebagai kuda biasa. Dalam 12 bulan pertama anak kuda akan bergerak dalam keadaan yang tidak setabil, dan mempunyai kaki yang panjang. Dalam masa ini juga anak kuda mula mengalami pertumbuhan fizikal yang normal secara berperingkat. Sebelum proses pertumbuhan ini selesai anak kuda tidak boleh menjalankan tugas-tugas kuda seperti biasa. Ini dikhuatiri akan mencetuskan kecacatan kekal kepada kuda.

Tumbesaran kuda akan selesai setelah berusia 5-10 tahun. Pada peringkat ini kuda telah terbentuk sepenuhnya. Setelah tahap ini sehingga akhir hayatnya kuda akan mula menjalankan pelbagai tugas yang telah ditetapkan oleh pemilik kuda. Ini adalah kitaran kehidupan kuda. Anak kuda lahir tanpa gigi. Gigi kuda tumbuh enam hingga sembilan bulan, anak kuda mempunyai semua gigi susu itu. Pada usia lima hingga enam tahun kuda akan menggantikan gigi susu dengan gigi kekal itu. Usia kuda boleh diketahui berpandukan gigi.

Kesihatan Kuda

Perkara penting tentang kesihatan kuda ialah penjagaan gigi. Anda harus tahu apakah gigi kuda yang gugur ataupun kekal. Kuda turut mengalami proses salin gigi seperti manusia yang mana gigi susu akan digantikan dengan gigi kekal.Gigi kekal ini kemudiannya akan kekal sehingga akhir hayat kuda berkenaan. Bentuk gigi kuda yang kekal adalah lonjong. Kuda perlu menjaga pemakanan hariannya untuk memastikan ia sentiasa sihat dan tangkas. Kuda-kuda perlu memakan rumput dan air yang tidak tercemar. Makanan lain yang boleh dimakan untuk kuda adalah akar dan buah-buahan, seperti wortel dan epal. Kuda-kuda perlu makan 14-28 paun makanan, bergantung pada keperluan mereka. Jika kuda dirawat dengan baik ia akan menjadi makhluk-makhluk luar biasa.

Bagaimana menunggang kuda

Lazimnya sesiapa sahaja akan kagum dan tertarik melihat aksi kuda. Namun setelah melihat sendiri kuda sebenar yang memiliki saiz yang besar minat untuk mendekati kuda akan terpadam kerana bimbang haiwan ini akan mencederakan mereka. Untuk menunggang kuda kita memerlukan kaedah yang betul melalui tunjuk ajar jurulatih berpengalaman. Biasanya sesi tunjuk ajar cara menunggang kuda boleh didapati hampir di seluruh Malaysia antaranya.

Kebolehan menunggang kuda bergantung kepada latihan dan kebolehan menyesuaikan diri. Sekiranya seseorang itu mahir memahami gerakan menunggang kuda mereka boleh menunggang kuda setelah melalui sesi tunjuk ajar yang singkat.

Kuda dalam masyarakat Melayu

Masyarakat Melayu sama seperti sebilangan tamadun bangsa lain turut mengeksploitasi penggunaan kuda dalam kehidupan bermasyarakat. Umumnya ia digunakan oleh golongan bangsawan pada masa itu sebagai kenderaan utama selain haiwan seperti gajah. Melalui penjajahan kuasa barat bermula dari Portugis sehinggalah penjajahan British penggunaan kuda di dalam masyarakat Melayu semakin meningkat. Kuda pada masa itu lebih tertumpu penggunaannya untuk sukan polo dan juga lumba kuda. Ia adalah salah satu alat riadah yang diminati oleh golongan pegawai British di Tanah Melayu pada masa itu.
Bermula dari era tersebut perkembangan aktiviti berkuda di dalam masyarakat Melayu kemudiannya berkembang dengan kadar yang sangat perlahan. Namun kini setelah media di Malaysia mula memberi liputan aktiviti berkuda mula popular sama seperti sukan-sukan lain.

Kuda dan manusia

Kuda merupakan haiwan yang mempunyai kaitan rapat dengan manusia sejak dari zaman kemunculan tamadun manusia. Haiwan ini telah dijinakan dan menjadi aset penting kepada masyarakat manusia dalam mengembangkan pelbagai aspek kehidupan mereka. Kuda adalah haiwan mamalia yang memiliki ciri-ciri kebolehan yang unggul seperti tangkas, bijak, penyayang, setia dan berani. Menguasai haiwan ini merupakan satu cabaran dan jika berjaya menguasainya penunggang kuda akan dapat menggunakan kekuatan kuda khususnya ketangkasan berlari untuk tujuan beriadah.